PERTANDINGAN
LAGU-LAGU KARAOKE BERKUMPULAN
BAGI
MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DAN PENDIDIKAN SWASTA
Tutong, 15 Ogos 2015, Sabtu – Jabatan Pendidikan
Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Cawangan Daerah Tutong mengadakan
Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Berkumpulan bagi Murid-Murid Sekolah Rendah dan
Pendidikan Swasta.
Hadir selaku tetamu
kehormat di Pertandingan tersebut ialah Yang Mulia Asp (Bersara) Haji Murad bin Haji Abd Hadi, Pengerusi
Bersama Persembahan Malam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam Yang ke-69 Tahun 2015 bagi Daerah Tutong. Pertandingan
bermula pada jam 8.15 malam yang berlangsung di Pentas Perayaan Daerah Tutong.
Acara dimulakan dengan Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke
Berkumpulan bagi Kategori Lelaki. Seterusnya Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke
Berkumpulan bagi Kategori Perempuan dijalankan.
Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah dan
cenderamata kepada hakim-hakim dan sekolah yang menyertai oleh tetamu kehormat
dan sesi bergambar ramai.
Seramai 6
pasukan lelaki dan perempuan menyertai pertandingan tersebut.
Turut hadir di Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke
Berkumpulan bagi Sekolah-Sekolah Rendah dan Pendidikan Swasta ialah Guru-Guru
Besar sekolah yang terlibat.
Tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah sebagai
salah satu kegiatan projek tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum Cawangan
Daerah Tutong. Melalui pertandingan ini akan dapat menjalinkan
hubungan silaturrahim antara murid-murid.
Pertandingan ini diadakan
Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 69 .
Pertandingan ini dibukakan
kepada murid-murid Sekolah-Sekolah Rendah Zon Tutong I, II dan Bahagian Swasta
sahaja. Penyertaan terbuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan yang masih
bersekolah di sekolah yang diwakili. Usia bagi penyertaan tidak terhad. Setiap
sekolah hanya dibenarkan menghantar dua wakil atau pasukan sahaja (satu pasukan lelaki dan satu pasukan
perempuan) tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang dari 10 orang peserta.
Keputusan:
Kategori Lelaki
Johan - SR Tutong Kem 76.5%
Naib Johan - SR Penanjong 71%
Ketiga SR PDN PJ Sengkarai 65%
Kategori Perempuan
Johan - SR PDN PJ Sengkarai 81%
Naib Johan - SR Tutong Kem 77.5%
Ketiga - SR Penanjong 64%
SR Tutong Kem |
Ckg Hjh Maimunah selaku penyelaras persembahan malam memberi penerangan kepada hakim-hakim yang dilantik |
Persemabahan dari salah seorang hakim , Dyg Norliha |