Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan melalui
Unit Jasmani mengadakan Majlis Penutup Kursus Pengenalan Asas Taekwondo Bagi
Guru-Guru Sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-Maktab Negara Brunei Darussalam
2016 (Daerah Tutong Dan Belait). Kursus tersebut diadakan selama empat hari bermula
25 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016 di Dewan Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit
Beruang, Tutong II.
Hadir
selaku tetamu kehormat di majlis penutup
tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohamad
bin Haji Mohammad Saat, Ketua Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong, Kementerian
Pendidikan. Majlis tersebut bermula pada jam 2.30 petang yang berlangsung
di dewan berkenaan.
Majlis
dimulakan dengan persembahan taekwondo dari peserta kursus dan Kelab Dynamic
serta persembahan dari Kumpulan ‘ADN Mixed Martial Arts Academy’.
Majlis
diteruskan dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta oleh tetamu
kehormat majlis. Majlis diakhiri dengan bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Seramai
20 orang peserta yang telah mengikuti kursus tersebut. Para peserta terdiri
dari guru-guru sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab daerah Tutong dan
Belait.
Turut
hadir di Majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai
Jabatan Pendiidkan Kokurikulum serta guru-guru.
Tujuan kursus ini diadakan
adalah
- Untuk memperkenalkan dan memperkembangkan sukan seni bela taekwondo kepada guru-guru di sekolah rendah dan menengah / maktab Brunei Darussalam melalui guru-guru pendidikan jasmani dan jurulatih sukan.
- Untuk melahirkan generasi yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak di samping menyemai sifat-sifat dan nilai-nilai murni dan luhur untuk membolehkan guru-guru menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi untuk mencapai kecemerlangan.
- Sukan yang berbentuk riadah ini secara langsung dapat memupuk pesertam mengamalkan cara hidup sihat dan mempunyai semangat berpasukan serta berdisiplin tanpa mengira umur, bangsa dan agama semasa beriadah.
- Untuk menjadikan guru yang dapat merancang program-program riadah yang sihat, bermanfaat serta selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.
- Salah satu aktiviti unit jasmani bagi memperkembangkan sukan di negara ini.
Di akhir kursus ini, diharap
para peserta dapat mencungkil bakat baru di kalangan guru-guru / pelajar bagi
mewakili sekolah / majlis sukan sekolah / negara dalam acara taekwondo.
SENARAI JURULATIH KURSUS ASAS TAEKWONDO
GURU-GURU SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH, MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2016
(DAERAH TUTONG DAN BELAIT)
BIL
|
NAMA
|
JAWATAN
|
SEKOLAH
|
1.
|
Awang Bahrin
bin Haji Abd Rahman
|
Pegawai
Pendidikan
|
Maktab SOAS
|
2.
|
Awang Asmawi
bin Haji Ibrahim
|
Pegawai
Pendidikan
|
Sekolah
Menengah Berakas
|
3.
|
Pengiran Abd
Raub bin Pengiran Haji Ghani
|
Pegawai
Pendidikan
|
Sekolah
Menengah Berakas
|
4.
|
Dayang Hajah
Hazrina binti Haji Abd Jalil
|
Pegawai
Pendidikan
|
Sekolah
Menengah Lambak Kiri
|
5.
|
Rosimah
binti Md Tahir
|
Pegawai
Pendidikan
|
Sekolah
Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar
|
Demonstrasi dari peserta kursus |
Persembahan ADN Mixed Martial Arts Academy |
Persembahan Kelab Dynamic Taekwando |
Persembahan pesera kursus bersama kelab Dynamic Taekwando |
No comments:
Post a Comment