Kalendar

Sunday 10 January 2016

7th Asean Schools Games (ASG) Brunei Darussalam 21 - 29 November 2015

  Ringkasan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG)

Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN merupakan acara sukan tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASSC), iaitu sebuah pertubuhan sukan serantau yang ditubuhkan pada tahun 1978 bertujuan untuk menggalakkan sukan dalam kalangan negara ahli. Ahli-ahli ASSC terdiri daripada sembilan negara ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei Darusalam, Vietnam, Kemboja dan Laos.

Antara tahun 1978 dan 2008, semua acara ini dianjurkan secara berasingan dan diselenggarakan oleh negara-negara ahli secara sukarela. Bagimanapun, pada tahun 2009, format sukan ini telah diubah dengan mempertandingkan hampir semua sukan sekaligus, seperti Sea Games mini yang dinamakan Asean Schools Games (ASG). Setiap negara ahli secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah sukan tahunan ASG.

Negara Thailand menjadi Tuan rumah yang pertama diikuti Malaysia (2010), Singapura (2011), Indonesia (2012), Vietnam (2013) dan Filipina (2014). Pada tahun ini, tibalah giliran Negara Brunei Darussalam untuk menjadi tuan rumah ASG yang ketujuh.

Objektif ASG adalah seperti berikut:
  • Menggalakkan perpaduan ASEAN dalam kalangan belia melalui acara sukan sekolah 
  • memberi peluang kepada atlet sekolah untuk menentukan penanda aras bakat sukan mereka di rantau ASEAN
  • memberi peluang kepada atlet sekolah untuk berinteraksi dan melibatkan diri dalam pertukaran budaya ASEAN
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN memperkenalkan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN pada bulan Disember 2008, apabila konsep pertandingan telah ditukar untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam semangat kesukanan ASEAN.

ASG pertama telah dianjurkan oleh Thailand pada Julai 2019 dimana lima buah negara ahli telah mengambil bahagian. Sejak itu, setiap negara ahli telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah sukan seperti yang disenaraikan dalam kalendar ASSC.

Dalam kalendar ASSC, ASG melibatkan dua belas sukan. Daripada jumlah ini, terdapat lima acara sukan teras dan tujuh yang lain adalah elektif. Negara tuan rumah diperlukan untuk menganjurkan lima acara sukan teras dan perlu mengadungi sekurang-kurangnya satu acara sukan elektif. Tuan rumah perlu memastikan bahawa setiap acara sukan disertai oleh empat atau lebih negara yang mengambil bahagian. Negara tuan rumah juga mempunyai keistimewaan untuk memasukkan satu acara sukan tambahan. 

Olahraga - Teras
Golf - Teras
Sepak Takraw - Teras
Badminton - Teras
Renang - Teras
Gimnastik - Elektif
Bola jaring - Elektif
Bola Keranjang - Elektif
Bola Tampar - Elektif
Ping Pong - Elektif
Tenis - Elektif
Hoki - Elektif 
   
ASG7 pada tahun 2015 disertai oleh lebih dari 600 prang atlet muda yang akan bertanding dalam tujuh acara sukan iaitu olahraga, badminton, golf, bola jaring, pancak silat, sepak takraw dan renang. 

Lokasi Pertandingan
Pertandingan
Tempat
Olahraga
Kompleks Sukan Tutong
Sepak Takraw
Sekolah Menengah Rimba II
Golf
Royal Brunei Golf dan Country Club, Jerudong
Badminton
Kompleks Sukan Menglait
Renang
Kolam Renang, Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Bola Jaring
Stadium Tertutup, Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Pencak Silat
Dewan Serbaguna, Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Penginapan Kontinjen
Acara
Official
Atlet
Jumlah
Hotel
Delegates
96
-
96
Orchid Garden Hotel
Athletics
48
280
328
Park View Hotel
Golf
24
64
88
Star Lodge Jerudong
Sepak Takraw
32
96
128
Grand City Hotel
Badminton
32
128
160
Times Hotel Berakas
Renang
48
280
328
Times Hotel Berakas
Bola Jaring
32
96
128
Ba’diah Hotel
Pencak Silat
40
136
176
Terrace Hotel, BSB
Jumlah
352
1,080
1,432


Keputusan

Team
G
S
B
Total
Brunei
1
1
3
5
Indonesia
25
24
10
59
Lao PDR
0
1
2
3
Malaysia
20
14
22
56
Philippines
3
3
11
17
Singapore
6
4
10
20
Thailand
13
31
26
70
Vietnam
12
2
10
24












































Upacara Menaikkan Bendera Negara Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 Bagi Daerah Tutong Tahun 2024

 Jumaát, 16 Februari 2024, 9.00 pagi, Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis dari Sekolah...