Kalendar

Sunday 24 July 2016

Kursus Asas Taekwando



Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan melalui Unit Jasmani mengadakan Majlis Penutup Kursus Pengenalan Asas Taekwondo Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-Maktab Negara Brunei Darussalam 2016 (Daerah Tutong Dan Belait). Kursus tersebut diadakan selama empat hari bermula 25 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016 di Dewan Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang, Tutong II.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis penutup tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohamad bin Haji Mohammad Saat, Ketua Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong, Kementerian Pendidikan. Majlis tersebut bermula pada jam 2.30 petang yang berlangsung di dewan berkenaan.

Majlis dimulakan dengan persembahan taekwondo dari peserta kursus dan Kelab Dynamic serta persembahan dari Kumpulan ‘ADN Mixed Martial Arts Academy’.

Majlis diteruskan dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diakhiri dengan bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Seramai 20 orang peserta yang telah mengikuti kursus tersebut. Para peserta terdiri dari guru-guru sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab daerah Tutong dan Belait.
Turut hadir di Majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Jabatan Pendiidkan Kokurikulum serta guru-guru.

Tujuan kursus ini diadakan adalah

  1. Untuk memperkenalkan dan memperkembangkan sukan seni bela taekwondo kepada guru-guru di sekolah rendah dan menengah / maktab Brunei Darussalam melalui guru-guru pendidikan jasmani dan jurulatih sukan.

  1. Untuk melahirkan generasi yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak di samping menyemai sifat-sifat dan nilai-nilai murni dan luhur untuk membolehkan guru-guru menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi untuk mencapai kecemerlangan.

  1. Sukan yang berbentuk riadah ini secara langsung dapat memupuk pesertam mengamalkan cara hidup sihat dan mempunyai semangat berpasukan serta berdisiplin tanpa mengira umur, bangsa dan agama semasa beriadah.

  1. Untuk menjadikan guru yang dapat merancang program-program riadah yang sihat, bermanfaat serta selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.

  1. Salah satu aktiviti unit jasmani bagi memperkembangkan sukan di negara ini.

Di akhir kursus ini, diharap para peserta dapat mencungkil bakat baru di kalangan guru-guru / pelajar bagi mewakili sekolah / majlis sukan sekolah / negara dalam acara taekwondo.

SENARAI JURULATIH KURSUS ASAS TAEKWONDO
GURU-GURU SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH, MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2016
(DAERAH TUTONG DAN BELAIT)

BIL
NAMA
JAWATAN
SEKOLAH
1.
Awang Bahrin bin Haji Abd Rahman
Pegawai Pendidikan

Maktab SOAS
2.
Awang Asmawi bin Haji Ibrahim
Pegawai Pendidikan
Sekolah Menengah Berakas

3.
Pengiran Abd Raub bin Pengiran Haji Ghani
Pegawai Pendidikan
Sekolah Menengah Berakas

4.
Dayang Hajah Hazrina binti Haji Abd Jalil
Pegawai Pendidikan
Sekolah Menengah Lambak Kiri

5.
Rosimah binti Md Tahir
Pegawai Pendidikan
Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar


 

Demonstrasi dari peserta kursus



Persembahan ADN Mixed Martial Arts Academy


Persembahan Kelab Dynamic Taekwando

Persembahan pesera kursus bersama kelab Dynamic Taekwando

No comments:

Post a Comment

Upacara Menaikkan Bendera Negara Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 Bagi Daerah Tutong Tahun 2024

 Jumaát, 16 Februari 2024, 9.00 pagi, Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis dari Sekolah...