Kalendar

Sunday 16 August 2015

Pertandingan Lagu-Lagu Berkaraoke Berkumpulan bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong



PERTANDINGAN LAGU-LAGU KARAOKE BERKUMPULAN
BAGI MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DAN PENDIDIKAN SWASTA

Tutong, 15 Ogos 2015, Sabtu – Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Cawangan Daerah Tutong mengadakan Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Berkumpulan bagi Murid-Murid Sekolah Rendah dan Pendidikan Swasta.

Hadir selaku tetamu kehormat di Pertandingan tersebut ialah Yang Mulia Asp (Bersara) Haji Murad bin Haji Abd Hadi, Pengerusi Bersama Persembahan Malam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke-69 Tahun 2015 bagi Daerah Tutong. Pertandingan bermula pada jam 8.15 malam yang berlangsung di Pentas Perayaan Daerah Tutong.

Acara dimulakan dengan Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Berkumpulan bagi Kategori Lelaki. Seterusnya Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Berkumpulan bagi Kategori Perempuan dijalankan.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada hakim-hakim dan sekolah yang menyertai oleh tetamu kehormat dan sesi bergambar ramai.

Seramai 6 pasukan lelaki dan perempuan menyertai pertandingan tersebut.

Turut hadir di Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Berkumpulan bagi Sekolah-Sekolah Rendah dan Pendidikan Swasta ialah Guru-Guru Besar sekolah yang terlibat.

Tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah sebagai salah satu kegiatan projek tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum Cawangan Daerah Tutong. Melalui pertandingan ini akan dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara murid-murid.

Pertandingan ini diadakan Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 69 .

Pertandingan ini dibukakan kepada murid-murid Sekolah-Sekolah Rendah Zon Tutong I, II dan Bahagian Swasta sahaja. Penyertaan terbuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan yang masih bersekolah di sekolah yang diwakili. Usia bagi penyertaan tidak terhad. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar dua wakil atau pasukan sahaja (satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan) tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang dari 10 orang peserta.

Keputusan:
 Kategori Lelaki
Johan - SR Tutong Kem 76.5%
Naib Johan - SR Penanjong 71%
Ketiga SR PDN PJ Sengkarai 65%

Kategori Perempuan 
Johan - SR PDN PJ Sengkarai 81%
Naib Johan - SR Tutong Kem 77.5%
Ketiga - SR Penanjong 64%


SR Tutong Kem



Ckg Hjh Maimunah selaku penyelaras persembahan malam memberi penerangan kepada hakim-hakim yang dilantik










Persemabahan dari salah seorang hakim , Dyg Norliha










































 

Upacara Menaikkan Bendera Negara Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 Bagi Daerah Tutong Tahun 2024

 Jumaát, 16 Februari 2024, 9.00 pagi, Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis dari Sekolah...