Kalendar

Monday 10 August 2015

Bengkel Bola Baling bagi Guru-Guru dan Penuntut-Penuntut Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Tutong




BENGKEL PENGENALAN BOLA BALING BAGI GURU-GURU DAN PELAJAR
 SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH TUTONG, TAHUN 2015

Tutong, 10 Ogos 2015, Isnin – Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Persekutuan Bola Baling Brunei (BHF) dan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong mengadakan Bengkel Pengenalan Bola Baling bagi Guru-Guru Dan Penuntut-Penuntut Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Tutong.

Bengkel tersebut diadakan di Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong.

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari Ketua Kokurikulum Daerah Tutong, Cikgu Haji Hairul Absah bin Haji Abdul Lahai, diikuti pula dengan ucapan ringkas dari Naib President Persekutuan Bola Baling, Awang Kifli bin Jaafar.

Acara diikuti dengan taklimat pengenalan bola baling oleh Setiausaha BHF, Lt Kol (B) Zainal Ariffin bin Zainuddin dan jurulatih BHF, Mr Risto Boha. Acara diteruskan  dengan persembahan permainan bola baling dan latihan asas.

Acara diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan bagi guru-guru dan sekolah-sekolah yang menyertai oleh Ketua Kokurikulum Daerah Tutong, Cikgu Haji Hairul Absah bin Haji Abdul Lahai dan sesi bergambar ramai.

Sebanyak  5 buah Sekolah-Sekolah Menengah yang mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada 12 orang guru dan 70 orang penuntut sekolah menengah.

Tujuan bengkel  tersebut diadakan adalah untuk membangunkan sukan bola baling agar dapat dikendalikan secara bersistematik bermula dari peringkat akar umbi (sekolah), kemudian membangunkan sukan bola baling di setiap daerah hinggalah ke peringkat Kebangsaan.

BHF menyarankan agar projek pembangunan ini mengandungi dua peringkat iaitu Bengkel Pengenalan Sukan Bola Baling dan Latihan Mingguan Sukan Bola Baling.


kata-kata aluan dari Ketua Kokurikulum Daerah Tutong, Haji Hairul Absah bin Haji Abdul Lahai






Penerangan dari Setiausaha BHF, Lt Kol (B) Zainal Ariffin bin Zainuddin

Penerangan dari Jurulatih BHF, Mr Risto Boha




peserta dari PTET






















pesera SMSO


peserta SM RIPAS

Peserta SM Tanjong Maya









No comments:

Post a Comment

Upacara Menaikkan Bendera Negara Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 Bagi Daerah Tutong Tahun 2024

 Jumaát, 16 Februari 2024, 9.00 pagi, Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis dari Sekolah...